Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
25 July 2013
24 July 2013
Ajari aku menjadi bidadarimu
Duhai suami.....
Ajari aku menjadi wanita yang pandai berhijab.
Ajari aku menjadi wanita yang bertutur kata santun.
Ajari aku menjadi wanita yang berbudi pekerti mulia.
Ajari aku menjadi wanita yang sanggup menjaga kehormatan.
Jangan ajari aku bermaksiat.
Agar aku tidak tersesat.
Agar aku tidak menjadi wanita jahat.
Aku ingin menjadi wanita terhormat.
Yang akan selalu mendapat Rahmat.
Aku bukan sekadar hanya mencari pendamping.
Tapi aku memerlukan pembimbing.
Aku tak hanya perlu cinta semata.
Tapi aku ingin seorang pembimbing.
Perbaiki aku ketika salah.
Ingatkan aku ketika khilaf.
Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.
Agar kelak aku boleh menjadi seorang makmum yang baik.
Yang boleh mengabdi di dunia dan akhirat.
InsyaAllah..

Labels:
sharing
08 July 2013
Wanita Cantik
Khas untuk kau yg bergelar LELAKI perlu tahu!!
Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

15 June 2013
SUAMI : Syurga Isteri
Mengapa redha suami adalah syurga buat isteri
1. Suamimu dibesarkan oleh seorang ibu yang mencintai dan menyayanginya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia telah memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu yang seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya pada seorang ibu.
2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga meningkat dewasa. Namun belum sempat dia membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenali dan hanya terikat dengan ikatan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ibu ayahnya.
3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak dan dirimu. Padahal dia tahu disisi Allah engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang dapat yang lebih baik daripadanya disisi Allah.
4. Suamimu berusaha melindungi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. Sedangkan di saat itu dia sedang menghadapi masalah besar namun masalahmu tetap diutamakan berbanding masalah yang dihadapinya.
5. Suamimu berusaha mendalami bahasa diammu, tangismu sedangkan engkau mampu memahami bahasa lisannya.Itupun setelah dia berulang berkali-kali.
6. Bila engkau melakukan maksiat dia akan ikut terseret ke neraka kerana dia turut bertanggungjawab diatas segala maksiatmu. Namun bila dia membuat maksiat kamu tidak akan dituntut ke neraka kerana dia bertanggungjawab sendiri dengan hal yang telah dilakukannya
PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI dan ISTERI2 ....

18 May 2013
Terasa gagal
07052013
1st day anta QAMA g nursery sblh ofc..perjalanan yang mencabar disebabkan both duduk dpn,
QA masih boleh ditegur/faham cakap but MA amatlah mencabar.. bile ummi sergah/marah boleh die menyengih tunjuk gusi dh tu senyum melebar lak..hati sape la yang xcair nnak marah pn jd gelak.. hai la anak..pagi smlm masuk ofc dlu utk 'tag' time awal so nanti leh balik awal.. so parking dpn entrance then hangkut both QAMA naik ke atas.. luckily QA nak jln x buat prangai lg..so die mengekor je sambil ummi dukung MA naik lif then masuk ofc pastu on PC then kuar balik...masa sampai je dalam taska ummi duduk kejap sbb nk bg beberapa pesanan kat pengasuh masa tu QA dh start merengek dh.. so ummi xtunggu lama trs masuk kete walaupun mase tu sayup2 dgr die menangis tapi ummi kene keraskan hati...
time balik : ummi muncul je dkt pintu trs QA dtg dkt ummi.. pastu borak kejap tanya progress cemane pastu masuk kete..
masa tu dh start hujan renyai nk xnk ummi terpaksa gak xfolow request QA utk main.. lps tu trs start tantrum QA abis MA jd mangsa kene tendang n pukul.. Ummi yg tgk ni jd sebak dan xtau dh nk handle cemane..
nk trs drive mcm xkonpiden sbb keadaan QAMA mcm tu sbb slalu kalo QA buat prangai kat rumah ummi mmg biarkan die sorang2 sbb ummi xkuat utk melyn keadaan die mcm tu nanti ummi takut ummi akan hilang sabar dan buat somting di luar kawaln..
dgn x semena2 ummi pn menangis same sbb ummi xpunya kekuatan utk hadapi kerenah QA ms tu... trs ummi kol babah nangis2 btau QA buat prangai n ummi xbrani nk drive balik..luckily babah keje mlm so dgn pantas babah suh tggu situ je sampai babah smpi dgn member..
yes utk tahun ni.. ini adalah kes menangis yg pertama utk diri sendiri..at that time I felt soo depressed n I need sum1 beside me..but after cried for a moment I felt more calm than before.. syukur alhamdulillah then just wait for babah to take us back home.
Labels:
luahan
12 April 2013
Ingatlah.... ketika anda.......
ketika anda ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat anda ingin mendapatkannya
Ketika anda mula tidak mencintainya
ingatlah saat pertama anda jatuh cinta padanya
Ketika anda mula bosan dengannya
ingatlah saat terindah bersamanya
Ketika anda ingin menduakannya
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
Ketika anda ingin membohonginya
ingatlah die telah berlaku jujur kepadamu

10 April 2013
Bila
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)