29 June 2009

checklist (3)

hasil survey semalam........

KATERING/KHEMAH
Mesra Catering
menu sajian - RM5.50/person
lauk pengantin - RM250 (10 lauk + 2 lauk free)
khemah - RM120/khemah + RM350/khemah pengantin
deposit - RM200
status = confirm

PAKEJ PENGANTIN
a)Sukja Pengantin (dh pernah makeup time tunang dlu... tp kat kdai ni baju x byk pilihan sgt n x memenuhi citarasaku, sarat ngan manik+labuci sume, kain meleret2 sapekah gerangan yg akn pegang kain tu nanti hahaha... tp kalo nk die wat baju baru need tpup RM100)
basic pakej = RM1300
- bj pengantin
- pelamin
- makeup 2x leh dtg rmh
status = will consider

b) Takteh (survey dr fotopages... not bad tp mcm mahal je n kalo nk makeup kene dtg kedai huhuhu)
xde pakej
- bj pengantin RM600
- pelamin RM700
- makeup kedai RM300
status = mayb not

c) Ratu Idaman (kdai ni HQ kat prt buntar... baju sume design lawa2)
- sepsg bj pengantin (L/P) RM300
- pelamin RM550
- makeup 2x leh dtg rmh RM250 (makeup tggu/balik)
free : pintu gerbang, bantal sila, complete set bersanding
status = will consider

d) Pusat Andaman Pengantin Tukang Jahit Zalina (tokey kedai ni sgt peramah skali n straight 2 d point... die mmg pro la org duduk pn leh bajet size camne hahaha)
- bj pengantin Rm500 (confirm baju baru)
- pelamin RM500
- makeup kedai RM300
status = will consider

WEDDING OP
a) LuqmanAziz - already discuss tp die akn assign assisstant die sbb die dh ade job aritu gak huhu
status = will consider
b) IndahPandang - need further details
status = waiting respons

p/s : harga2 diatas adalah hasil ingatanku sehingga kini sbb time tu x tulis pape pn main angguk2 je dakwat pen abis lak time jumpe pakcik katering tu hampes tul

It's my wedding, I'll do it d way I want !!!! Just Do It (pinjam slogan Nike)

Fadilat puasa di bulan Rejab

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus)
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
* Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).Berkata Saidina Ali:
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
** Diampunkan dosanya yang lalu.
** Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
** Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulanRejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itumaka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

26 June 2009

yeaY !! yEay !! balik tepeng

yuuhuu bestnye dpt blk :) misi kali ni utk membooking pakej2 utk persiapan majlis dtepeng nanti... hopefully dptla pakej2 yg menarik n menjimatkan :) so next entry after I come back I'll update d checklist... EnTunang dh smpi Jhr pn huhuhu.... c u next entry

25 June 2009

countdown to his bday

huhu rasenye mlm ni nk tdo lmbt skit kot sbb nk tggu tepat kul 12 pada 26Jun utk mjd 1st person wish bday to mybeloved fiance .. tp larat ke mate ni bertahan ade lbh krg 2 jam lg nih... plan nk blk tpg ptg/mlm sok x jd la nmpknye coz mayb blk sorg je kot bhy drive mlm2 xde tmn huhuhu...EnTunang pn akn blk Jhr mlm sok... nmpknye km membw diri msg2 ke utara n seltn ...
smntr ni nk try la wat keje k.Zila yg x start2 lg tu... harap2 ade gak la hasilnye wlpn x segempak proposalnye :P

kisah bday sok

huhu kitorg tgh msg ni n wat cam bese xmo tanye EnTunang about his bday celebration coz can make me jeles :P tup2 die lak yg start dlu
EnTunang : x tanya pn kn nk smbt besday kat ne (huhu mcm dh kecik ati je ni)
saye : Tanye pn mcmla **** leh join :P (nk cover xpuas ati:P)... nk smbt ngan sape, kat ne, ble
EnTunang : mula2 plan nk smbt bdua.. tp dh masa kuar ari tu **** ckp nk blk kg.. so tpaksa lupakn hasrat tu
saye : Eh cop tp bkn aritu **** pn dh kate nk blk kg gak ke
EnTunang : Tu selepas **** ckp nk blk kmpg (nmpk sgt wa dh spoilkn plan buahatiku ini)
saye : weken ni mmg ct ke... ala rugila camni.... sok smpt lg time lunch leh (cube m'adjust time+pujuk kot2 leh hehehe)

k la stakat ni je yg leh show on :P msg seterusnye kene show off ....... the END

p/s : **** ganti nama kami (4 u guyz gantiknla ngan name pape yg sesuwai k hehe)

Macam-macam perasaan (II)

nape ye arini ade prasaan yg amat x tenteram since pg td.... wats going on my life 2day.... mcm ade wat keslhn besr je/anything will happen 2 me........ Ya Allah jauhkanlahku dr prasangka buruk dan hindarkanlah aku dr segala malapetakaMu Ya Allah... Am I too sensitive??? xpela abaikan.... but now i already start feeling 'that' n nobody can't stop me k!!!!

24 June 2009

63 Petua Bahagia

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

22 June 2009

my Life Today

at ofis as usual do d same routine but today got 2 mysterious cases hehe... both cases already told to Mr.R n he will ask bos 4 next action....arini gak ade 2 org staff br msk : sorg programmer from India n sorg lg mamat melayu as system admin huhuhu musnah impian akak2ku m'apply job sys admin tu.... to hani also sory coz I cant do anything just helping u fwd ur resume to HR.... mayb nxt time ade rezeki.....
Kneli ajk dtg ofc sbb diorg nk bg cokolat/brg yg diorg shopping kat langkawi aritu hehe memule igt nk g time lunch tp disebabkn keje xsiap separuh pn lg so bajet nk g balik nanti n x lame lps tu die msg x jd ptg sb nk kene trn site.... so i'm ok with dat n we'll postpone esok lak huhuhu
lps maghrib td rase smgt sgt nk abiskn juzuk 30 ni n alhamdulillah berjaya mencapai target sekurang2nya sblm Rejab. so esok Subuh akn dimulai dgn surah al-Baqarah......
camne nih projek k.Zila x start pape pn lg rase mcm dh mls sgt la wlpn die kate dlm bln 7 siap pn xpe huhuhu

21 June 2009

Xtvt weken 20-21 Jun

sabtu 20hb
along n d family smpi dr bentong....saje2 trn kl.... yg bestnye diorg bw buah durian hehe so apelg smpi2 je trs serbu durian tu utk mkn.... pastu k.Ina lak prepare wat kuah utk mkn ptg.... pergh mmg best lyn wlpn mkn ngan roti jer.... pastu along ade tanye progress projek kak zila tu sbb dh bgtau last week nk surender je tp kak zila kol berharap sgt dpt tlg die so disebabkn rasa simpati yg sememangnye menebal dlm diriku ini hahaha org iyekn aje sggp wat wlpn ni dh last min n xde mood nk siapkn pn :P

ahad 21hb
lps subuh td jd driver alang amik nasi lemak yg dioder kat cheras nun jauh sane tu, byk gak die oder 50 bungkus ... so makcik tu siap ltk dlm 1 kotak dh.. semoga murah rezki alang yeee n rajin2 la blanje kitorg slalu :)
ptg td got a msg from EnTunang die ofer ajk jumpe kalo free coz die blk awl arini... so apelg tanpa ragu2 wa pn stuju :P then ajk die g jln Nilai 3 nk usha bunge telur dll tp kitorg survey je dlu no bajet la 4 dis month huhuhu... ade byk sgt pilihan kat sane smpi x tau nk plh mane 1 haha tp xpe at least dh dpt bajet mende pe yg ptt dibelikn especially to EnTunang yg dh berkenan ngan suatu 'brg itu' hehehe just wait n see die bli ke x nanti....... td die dh wat suprise dgn menunaikn janji aritu yg die akn bg fon baru 4 me n dats it EnTunang telah menyerahkn fon kesygn die yg die sndr br gune "Sony Ericsson T303" ( http://www.sonyericsson.com/cws/products/mobilephones/overview/t303?lc=en&cc=my) ... nsb baik die bg time dh nk blk...Terharu sgt n kuar gak air mata ni on d way nk blk td huhuhu emo+sensitip btol.....wlpn bkn hp baru tp I know sentimental value fon tu.... EnTunang pesan 'jg fon ni elok2 tau... ni adiah arijadi wlpn lum arinye lg' .... YES I will take care dis fon as u care b4 don't wory k :)
td MrJohn kol tanye leh kuar mlm ke x sbb die nk sggh jap sblm blk Ktn.... disebabkn jam lum kul 10 lg so stuju gak jumpe wlpn jap hehe mesti la nk kene jumpe die sbb die nk bg sesuatu yg die bli dr Langkawi.. die bg Ferrero Rocher 30 biji nyum2 :) .... memule die ajk g lepak kat kdai member die tp org xnk sbb dh mlm sgt so teman la die borak jap kat petronas SriGbk.... huhu x sangke die tego psl ketidaksamaan rupe td dgn time gamba tunang :p haha mestila x same beb td jumpe pki tshirt+track+sliper je rupe pn dh nk tdo lainla time tunang kene sopan santun hihihi majlis formal beb.......

20 June 2009

Event - MATTA Fair

CUTI !!!! CUTI !!!! CUTI !!!!

MATTA Fair Penang 2009
3 July 2009 until 5 July 2009

Venue : Penang International Sports Arena (PISA), Relau

MATTA Fair Negeri Sembilan 2009
10 July 2009 until 12 July 2009

Venue : Seremban Parade Shopping Centre

MATTA Fair Johor 2009
17 July 2009 until 19 July 2009

Venue : 6th Floor, EXPO Hall, The Zon Regency Hotel

MATTA Fair Melaka 2009
7 August 2009 until 9 August 2009
Venue :Dataran Pahlawan Melaka Megamall

MATTA Fair Perak 2009
21 August 2009 until 23 August 2009
Venue : Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

MATTA Fair September 2009
4 September 2009 until 6 September 2009
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)

sumber >> http://www.matta.org.my/events.php

Event - SALE

SALE !!!! SALE !!!! SALE !!!!

Malaysia Mega Sale 2009 @ Malaysia


Date / Time : 04 July 2009 (Sat) – 31 August 2009 (Mon)


http://event.malaysiamostwanted.com/events/malaysia-mega-sale-2009-jul-2009

working life - 16 weeks

yuuhuu dh hampir 4 bln keje sni .... so far keje skang ok jer .... no need to travel, no more stay back until midnite dsb.... mayb org sume tgk keje cam sng jer hehe tp kite deal ngan payment,finance,MONEY, duit org woooo..... risiko tinggi dowh if careless abissss.....

smlm my colleague a.k.a Mr. S going back to hometown for 1 month.... wow lame tu.... at 1st igtkn nk kene cover sume keje2 die = double keje haha mampos den tp die dh wariskn kat kwn die Mr. R :) so seb baik beban keje x bertmbh n leh teruskn my working life cam bese huhuhu

18 June 2009

SENARAI SEMAK - sumber Pesona Pengantin edisi Julai 2009

huhu terajin lak utk menaip ceklist tu :D

Enam bln-setahun sblm:
a. pilih tarikh n waktu nikah (date : 5/12/2009 waktu pagi kot not confirm yet)
b. pilih lokasi+jamuan serta tempahan (of coz la @ myhome - taiping xyah nk tempah2 dh)
c. tempah lokasi n waktu upacara persandingan berlangsung (of coz la @ myhome - taiping)
d. tentukan gaya+tema majlis persandingan (xde gaya pn :P tema maroon+silver+gold)
e. pengurusan bajet (of coz la mesti berjimat cermat)
f. pilih penyelaras majlis (mymom as penaung a.k.a penasihat)
g. kumpul nama tetamu (insyaallah selagi diri ini mengenali/dikenali anda sume anda akn dijemput :) )
h. pilih pengapit, pengiring/pengacara majlis (huhu pengapit xde lg so sape rase nk volunteer agkt tgn)
i. pilih katering (katerer lum cnfrm lg)
j. pilih jurufoto/juruvideo ( not officially confirm yet )
k. pilih kedai bunga+penghias lokasi majlis (xtau la kat ner... nk wat pe nih)
l. pilih cincin pernikahan (ni EnTunang kate die akn bli sndr mentang la dh tau size :P)
m. pilih muzik (ni perlu ke hehe kalo sekadar hiburan lynkn je koleksi mp3 wa hehe)
n. pilih kek pengantin (nk try tanye katerer la kot2 leh dpt free kek pengantin hehe)
o. pesan cenderahati utk tetamu (dh start buat+survey brg lain n compare price)

empat bln sblm :
a. selesaikn urusan persandingan(byr deposit etc.)
b. tentukn sume kelengkapan perkahwinan
c. hubungi kadhi n Pej. Agama Islam
d. hubungi saksi pernikahan
e. mulakn rawatan diri

dua bln sblm :
a. senaraikn nama tetamu
b. buat perancangan majlis bersama pengacara majlis
c. mengaturkn tmpt tggl bg saudara/rakan yg dtg dr jauh
d. merencanakan bln madu
e. mengaturkn sesi penggambaran distudio

sebln sblm :
a. menentukn waktu utk sesi latihan
b. memastikan sume keperluan majlis sudah hampir lengkap
c. mula mengirim kad undangan bg saudara jauh

dua/tiga minggu sblm :
a. memberikn daftar foto kpd jurugambar
b. berikn tarikh sesi penggambaran
c. pastikn cincin dlm ukuran yg btol
d. memilih muzik

seminggu sblm :
a. menyelesaikn sume urusan keje sblm bercuti
b. hindarkn konflik. tenangkan hati
c. rehat dgn secukupnya

hari perkahwinan :
a. pastikan makan+rehat yg cukup
b. mandi dgn sebersihnya agar segar
c. siapkn diri dgn yakin n tenang

huhu entry yg pjg kali ni..... adios....later i'll update if any

16 June 2009

checklist (2)

update list 4 dis week...
1. kursus kawin 4/5 Julai -> already pre-register yesterday @ AL Shahir Management Putrajaya huhu x sangke rupenye hani n niza dh booking sni gak utk date yg same........ so apelg slps m'promote kpd enTunang n beliau pn setuju nk g sni gak hehe tp sblm tu dh TERdaftar gak kat PYS MAnagement Services Nilai seb baik xde respon pn huhuhu

2. khemah/hidangan -> dh ade list utk beberapa tmpt tp br 1 je yg dh tanye n dh ade respon... yg lg 1 lak my mom ade jumpe 1 katerer ni time g kenduri last week huhu sempat lg .... so need to booking quickly since pakcik tu kate bln 12 pn dh full booking except 5/12 which is on my big day hehehe...

3. Photographer -> disebabkn xde sesape yg pro utk capture d memorable moment on dat day so mcm dh nk confirm my wedding OP = saudara LuqmanAziz... huhu bile la kite leh set appointment ni bro

4. hantaran -> x prepare pe pn lg .... enTunang kate nk bli brg2 sume dlm bln 8... seb baik ade MEGA SALE so hrp2 dpt la beli brg2 tu sume dgn harga JIMAT :P
5. jemputan -> yg ni map pn asik tertangguh je nk lukis. dh suh my best buddy tu tlg konon nk gune autocad tp hampeh byk tul alsn mamat tu :P huhu nantila

6. cenderahati -> dh ade plan n bajet nk wat sndr je hehe wait n see hasilnye nanti :P

owh baru ku pasan rupenye persalinan pengantin xde prepare pn lg huhuhu alamak kes berat nih... xpe2 cool ..... update next entry la eh

It's my wedding, I'll do it d way I want !!!! Just Do It (pinjam slogan Nike)

15 June 2009

Save this date guyz - 5/12/2009

holla....... just wanna to inform dat our memorable day already confirm on 5/12/2009 @ tepeng (my side) n 12/12/2009 @ kluang (his side)... no more tukar2 dh huhuhu x konsisten tol :P smgtnye tp kursus kawin pn lum g lg haha nk booking kadi n setelkn sume hal2 yg berkaitan.. harap sume berjalan dgn lancar :) don't forget guyz ...... adios

14 June 2009

acara makan2

The Great Durian Festival (Festival Jom Makan Durian) 2009

24 July 2009 Until 26 July 2009

Durian, locally known as the ‘King of Fruits’, takes centre stage in this festival. Visitors can sample an assortment of lip-smacking delicacies made from this unique fruit. Be part of this festival and enjoy lots of interesting programmes such as exhibitions and contests on the different varieties of durian available throughout the country.

Venue: Bukit Gantang, Taiping Perak

Phone: 019 574 0767 / 605 255 0413 Fax: 605 855 4967, 605 253 6027

bosannye

baru beberapa jam mengupdate last entry n then mencarik2 template yg best smpi x pasan dh kul 4 .... alamak br tingat yg keje kak zila mintk tlg wat tu lum start lg huhuhu ades tolonggggg kemalasanku sudah dtg ....... so d solution is SLEEP 4 a while coz not in da mood utk teruskn perjuangan menyiapkan keje itu hahaha...... cam bese sume org tau my hobby is 'TDO'............ u know wat dat is d best therapy for me hehe..... so i'm gonna 2 sleep now hopefully dpt ilham la utk siapkan keje tu nanti....... babai

Macam-macam perasaan

yuhuuu pagi ahad yg membosankan.... time surfing tenet, usha blog shima td nk tgk pic shikin tjumpe lak blog hani :) so jln2 bc entry hani about me n i'm surprise dat she as my bes fren pn tkejut gak time nk jemput die 4 my engagement hehe... mengimbas kenangan 2 bln lps lak :P yup mmg diakui diorg yg tau psl engagement ni at 1st mcm x caye je pe yg akn blaku ..... yela orgkn simple je,pemalu,pendiam, pastu ganaz lak kdg2 pembuli gak, slumber dll .. sesape yg prnh bersame sejak dr zmn skul until now will know who am I hahaha (gelak jht).. Am I hav dual personality, wat u guess ????? of course la NO rite :) dats y la EnTunang amat syg saye hehehe

12 June 2009

Bulan Kelahiran Jun vs Julai

JUN - EnTunang
  • berfikiran jauh & berwawasan
  • mudah ditawan krn sikap baik
  • berperangai yg lemah lembut
  • mudah berubah sikap,perangai idea @ mood
  • idea yg terlalu banyak dikepala
  • bersikap sensitif
  • otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dgn segera
  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
  • cepat marah & cepat sejuk
  • suka bercakap & berdebat
  • suka buat lawak & bergurau
  • otaknya cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan & pandai berkawan
  • org yg sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah kena selsema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • sikap terlalu memilih & cerewet
  • kurang mempamerkan perasaan
  • lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • suka kepada barang yang berjenama
  • mudah menjadi eksekutif
  • kedegilan yg tidak terkawal
  • sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya
p/s: kpd EnTunang yg akn bc entry semoga enjoy :P

JULAI - Me
  • Sangat seronok didamping
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • jarang berdendam
  • mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan yg serupa dgn semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yg tajam
  • suka menilai org lain dgn pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri
  • suka duduk dirumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari segi kesihatan perut
  • mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • minta disayangi
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.Sape tak kenal kan? Artikel ni boleh dikatakan 80% tepat dengan diri aku… Cube tengok bulan kelahiran korang pulak

08 June 2009

cuti weken

morning....... pagi2 dh ngantuk ni camne ..... smlm gerak dr tpg kul 5 lbh smpi ipoh 7 lbh so transit la rmh along jap maghrib n mkn mlm..... patut sejam je tpg-ipoh tp jadi 2 jam lak smlm huhu betapa byknye kete ..... n then pas mkn dlm kul 8 lbh gerak pastu smpi rmh kul 11 lbh...+/- 3 jam gak x patut btol patut 2 jam je dh leh smpi.... lps trolak ade 3 lane br leh speeding lebih skit :P

ari sabtu g kenduri shikin bw bdk2 ni pastu kuciwa gak la sbb x dpt pn jumpe pengantin... smpi rmh shikin 12 lbh pastu msk dlm rmh ltk adiah pastu tanye akak kat situ die bgtau rupenye pngantin pompuan g rmh pngantin laki... so kitorg pn g la mkn dlu sambil 2 msg shima tanye kat ner.. die suh tggu dlu.... so igt nk tggu pgantin smpi tgk2 bdk2 ni dh ajk balik dh ...... mesti die dh bosan lame sgt dh le pns2... mase nk gerak balik pandang gak la umah pengantin n tgk2 diorg br je smpi tp dh xsempat nk wat pe dh ... nmpk shima jd pengapit patutla bz je....... anyway SELAMAT PENGANTIN BARU to shikin & din... semoga berbahagia selamanya

ari ahd lak pagi2 lg dh kuar g jenjalan tmn tasik seb baik my best buddy jd driver so leh la amik shot2 yg best haha gaye dh mcm
profesional photog je :P so plan nxt time kalo blk sane nk g jln pagi kat sane..... huhu bestnye mendamaikn je kalo g termenung kat sane hihihi

05 June 2009

friday evening

hurmmm dh 2 ari x upd coz tdo awl je mlm hehe.. lunch td kuar awl giler kul 12 lbh x prnh2 kuar awl tu kalah org g smyg jumaat.... actually g kedai tyr (pusat servis tayar servitekar @ pj sek 19) ha skali die cek tgk2 kene paku daaa ... so slame ni dh bw paku tu jln2 merate nmpknye nsb baik x jd pape.... tingat last month time blk tpg pn diorg dh tego nape tyr tu mcm pancit tp lps pam elok je ... pastu dlm last 2 week dkt parking pn ade sorg mamat tu tego tyr dh flat pastu angguk je :P konon2 mcm tyr mati hehe ..... so alhamdulillah x jd pape sepanjang paku tu melekat kat tyr huhuhu tkt sgt .... so leh la mlm ni balik tpg dgn sng ati......... bestnye dh sebln x blk........ sok bday my mom tp x bli pape pn tgkla sok camne.......... sok pn ade kenduri syikin kt prt buntar tp xde geng la nk g camne eh... harap2 shikin ade pos kad kt rmh leh la gamble je tgk kad tu ........ doakn ku slmt smpi ke destinasi my hometown taiping bandar warisan :)

03 June 2009

citer arini

ptg td hd dh wat org cuak lak sbb time nk renew CDL td die kate customer tu akn rugi 1 ari... lesennye exp sok 04/06/09 so kalo update arini kire new date utk lesen 03/06/09-04/06/10 tp diorg duk kate suppose renew date kene 05/06/2009... td mmg duk tmenung lame gak la nk pk logik kes ni hehe tp ikut logik dh btol :P wateva la.... tghari td EnTunang ade bg sample utk kad kawin tgk ok gak design die so kalo darurat leh je cilok mcm tu hehe... ni td br lps duk merekaciplak ayat2 utk kad jemputan nanti :P smlm dh wat list menu sajian kenduri nanti.... byk mende dh dilistkn cume lum pilih je lg nk mintak pndpt dr mymom n all .......dats all 4 2day... wanna sleep ...... nite

02 June 2009

Tuesday evening

yeyeye arini keje dh siap sukenye :) :) so leh la ilex... thanx to cik anfarizhani a.k.a. ani coz blanje smlm mkn kat California Express BBQ & Grille Station @ One Utama.. next time org blanje lak k :).... so now sedang memanfaatkan time free ni dgn baca forum2 yg fames as silent reader huhu sambil2 mereply email Mr. John ni hehe (sapekah gerangannye nxt time la cite)

2May-2Jun

arini 2hb genap sebulan jd tunangan kpd EnTunang tsyg... thanks 4 plan everything.... may ur dream will come true.... I follow :)

checklist (1)

ni ceklist(tajuk bsr) yg dh prepare secara x detail lg .........
1. kursus kawin - lum lg
2. jemputan - lum
3. pengantin - mestila ade hehe
4. hantaran - x shortlist lg
5. rombongan - lum cnfrm
6. cenderahati - dlm proses survey
7. bilik pengantin - dh tempah kot
8. khemah/hidangan - dlm proses survey

yg lain akn di add on kmudian huhu

It's my wedding, I'll do it d way I want !!!! Just Do It (pinjam slogan Nike)

01 June 2009

Monday morning

yuhuhu hallloo ... arini senin ari yg selalunye x disukai oleh org ramai huhu.... now @ ofc lum start keje lg so duk jenguk2 blog n menaip je mengikut jari jemari ni :P nanti start tghari br start bz kot.... balik ni nk kene prepare ceklist 4 my big day :)

holllaa

hollaaa.. morning ......
1st day melibatkan diri utk memblogging huhuhu.... nothing 2 say coz not prepare yet.... jumpe next entry